Thursday, December 10, 2009

Aku Demam

Minggu lepas, 2-5 Dec aku demam teruk. Aku dapat MC untuk 4 hari, mula-mula 2 hari je tapi malam kedua aku pergi ke klinik lagi..tak tahan so nak dapatkan injection. Papa yang nasihatkan aku macam tu.
Sebenarnya yang buat aku demam adalah sehari sebelum tu aku seharian dengan adik aku, ke hulu ke hilir sekitar Semenyih dan Kajang untuk dapatkan saksi untuk Biasiswa MARAnya..aku pun dah sakit tekak masa tu..last minit kerja memang macam tu.
Bila aku ingat dah selesai, rupa-rupanya ada satu kolum yang majikan aku kena sign since aku akan jadi penjaminnya. Nak tak nak hari Selasa aku terpaksa ke Semenyih semula untuk hantarkan borang tu since pagi rabu last date untuk sumbit..so aku bermalam kat Nilai sebab dah dekat.
Badan aku dah panas, tekak makin perit. Esoknya kepala aku panas dan berat..n aku MC, doktor cakap tonsil dalam teak aku teruk. Hari pertama Papa boleh temankan aku, tapi hari seterusnya tak boleh..Nomi tak boleh la cuti lama-lama..betul jugak..at least malam-malam dia boleh jaga aku. Hari Isnin baru ni baru full recovered, tekak pun dah baik. Papa cakap, sakit tu maknanya Allah sayang kita. Allah bagi kita sakit untuk gugurkan dosa-dosa kecil kita..

No comments:

Post a Comment